Perang Tercetus! Ini Perkembangan Terkini ‘Perang Dunia 3’

6,748

‘Ukraine berdarah, Rusia si Antagonis.’

Lebih kurang 11:30 pagi tadi waktu tempatan, Rusia yang diketuai oleh Presiden Vladmir Putin telah melancarkan serangan, mengisytiharkan perang ke atas Ukraine.

Umum mengetahui krisis Rusia-Ukraine ini telah berlarutan untuk beberapa minggu kebelakangan ini sehingga ia menyebabkan pasaran ekonomi dunia bergelora.

Warga internet khususnya telah memanggil krisis ini sebagai ‘Perang Dunia ke-3’.

Untuk lebih memahami situasi terkini, anda boleh baca kronologi ringkas permulaan perang Rusia-Ukraine.

  • Ukraine mengadakan mesyuarat khas dengan Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada awal pagi waktu tempatan.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan tindakan berdamai diantaranya dengan Presiden Rusia, Vladmir Putin tidak tercapai.
  • Kerajaan Rusia melarang sebarang kemasukan pesat awam di sepanjang sempadan Ukraine sejurus selepas beberapa aset ketenteraan mulai memasuki Ukraine.

  • Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine dengan mengebom sekitar Kyiv, Kharkiv, Kramatorsk, Mariupol dan Odessa.

  • Menteri hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba mengeluarkan kenyataan bahawa Putin melancarkan ‘full-scale war’ tidak lama lagi.
  • Ruang udara Ukraine ditutup selepas Rusia melakukan beberapa siri letupan di bandar-bandar utamanya.
  • Ukraine mengumumkan ‘martial law’ atau darurat yang berkuatkuasa serta merta beberapa jam selepas diserang.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan mengadakan mesyuarat dengan Volodymyr Zelenskyy mengenai tindakan ketenteraan di Ukraine.
  • Pengumuman pengisytiharan perang yang telah direkod oleh Putin 3 hari disiarkan di Rusia.

  • Kubela mengessa tindakan global segera terhadap Rusia dengan mengatakan ‘masa depan Eropah dan dunia terancam’.
  • Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson membidas tindakan Rusia dan berjanji akan melaksanakan tindak balas yang ‘tegas’ bersama dengan sekutunya, Ukraine.
  • Ukraine telah memberi tindak balas dengan menembak jatuh 5 pesawat milik Rusia.
  • Rakyat Ukraine sedang berarak keluar dari Kyiv menuju ke negara terdekat Poland dan sekutu NATO.

Ini adalah perkembangan semasa berkenaan perang diantara Rusia dan Ukraine setakat jam 3 petang waktu tempatan, bertarikh 24 Febuari 2022.

Situasi dijangka akan bertambah buruk. Apa pendapat anda?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat