Perbelanjaan Pengguna di Amerika Meningkat, USD Menguat Sejak Pukul 8.30 Malam

552

US dollar menguat pada pukul 8.30 malam selepas daripada pengumuman data inflasi Amerika Syarikat untuk bulan April menunjukkan isyarat bahawa pertumbuhan ekonomi mula mendapat momentum pada awal suku kedua.

Perbelanjaan pengguna yang mewakili hampir 70% daripada ekonomi Amerika Syarikat melonjak sebanyak 0.6% pada bulan lalu, iaitu peningkatan terbesar dalam tempoh lima bulan. Bacaan ini juga melebihi jangkaan kenaikan 0.4%.

Harga terus merekodkan peningkatan di mana bacaan teras perbelanjaan penggunaan peribadi (core-PCE) yang tidak mengambilkira harga makanan dan tenaga meningkat 0.2% (MoM) untuk bulan ketiga berturut-turut. Bacaan tahunan (YoY) pula merekodkan kenaikan 1.8%, kini hampir dengan sasaran inflasi The Fed 2%.

Penganalisis meramalkan sasaran inflasi Federal Reserve akan dapat dicapai dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Bank pusat Amerika Syarikat itu juga dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Jun.

Dalam data sama, bacaan pendapatan peribadi meningkat 0.3% selepas daripada kenaikan 0.2% pada bulan Mac. Secara keseluruhan, data pada hari ini dilihat akan memberi tekanan kepada peningkatan inflasi di masa akan datang seterusnya membuka jalan untuk kadar faedah The Fed dinaikkan secara beransur-ansur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat