Perbelanjaan Pengguna UK Semakin Perlahan, Kadar Gaji Statik

94

Trend pertumbuhan perbelanjaan pengguna di UK semakin perlahan dalam keadaan kenaikan harga domestik di negara ini. Dalam masa yang sama perniagaan tidak menunjukkan sebarang isyarat peningkatan bayaran gaji berbanding sebelum ini, kata Bank of England pada Rabu.

Sterling atau GBP (Great Britain Pound) jatuh menjunam selepas undian Brexit tahun lalu yang menurut BoE menunjukkan gambaran sama kepada apa yang berlaku dalam laporan yang dibentangkan munggu lalu.

“Harga barangan pengguna telah meningkat dengan banyak. Ini banyak dipengaruhi oleh kejatuhan nilai Pound yang memberi kesan kepada rantaian penawaran sehinggalah ke dalam harga runcit,” kata BoE.

Pelaburan perniagaan pula semakin meningkat dan menunjukkan peningkatan sederhana tetapi kukuh.

Laporan ini sudah tentu meningkatkan kebimbangan terhadap trend pergerakan ekonomi di UK di mana inflasi meningkat tetapi kadar gaji semakin perlahan. Ini telah diterjemahkan ke dalam trend perbelanjaan pengguna di UK yang semakin perlahan sejak beberapa bulan lalu.

Jualan runcit juga merekod kemerosotan tiga kali dalam empat bulan terakhir yang menunjukkan kenaikan harga telah mengurangkan jualan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat