Perdana Menteri China Tampil Beri ‘Hint’ Terbaru Di Davos Mengenai Ekonomi China!

335

Ekonomi China dijangka  berkembang sebanyak 5.2% pada tahun 2023, secara tidak langsung melepasi sasaran  yang ditetapkan pada awal tahun lalu, kata Perdana Menteri China, Li Qiang, dalam ucapan di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Li memberitahu bahawa ekonomi China sedang membuat kemajuan  dalam masa yang sama turut menambah bahawa ia akan terus memberikan “daya pendorong kukuh” untuk pertumbuhan global.

Data terkini menunjukkan bahawa China menghadapi kesulitan untuk mendapatkan momemtum selepas sekatan Covid-19 yang ketat. Walaupun mencatat peningkatan dalam eksport pada bulan Disember, ekonomi terbesar kedua di dunia ini terus berhadapan tekanan deflasi, perbelanjaan pengguna yang lemah, dan krisis sektor hartanah yang berterusan, memaksa beberapa penganalisis untuk menyeru para penggubal polisi untuk mengeluarkan lebih banyak langkah sokongan.

Walau bagaimanapun, Li berhujah bahawa Beijing telah mempromosikan pembangunan ekonomi di China tanpa perlu memperkenalkan “ransangan yang besar.” “Kita tidak mencari pertumbuhan jangka pendek sambil mengumpulkan risiko jangka panjang,” katanya.

Data rasmi GDP China untuk tahun 2023 dijangka akan diumumkan pada hari Rabu. Undian pakar ekonomi yang dijalankan oleh Reuters menemui bahawa pertumbuhan kemungkinan berkembang sebanyak 5.2% tahun lalu.

GDP China dijangka akan melambat kepada 4.6% tahun ini, sebelum perlahan lebih jauh kepada 4.5% pada tahun 2025, berdasarkan kajian Reuters.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat