Perdebatan Fed Untuk ‘Tapering’ Dah Bermula?

387

Perdebatan mengenai bila dan bagaimana Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan beberapa langkah pelonggarannya telah bermula pada hari Isnin, ketika dua pembuat dasar AS menyatakan sokongan mereka untuk penarikan rangsangan lebih awal.

Presiden Fed St Louis, James Bullard dan Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan mengemukakan beberapa persoalan utama yang harus ditangani oleh pembuat dasar Fed ketika mereka bekerja melalui kerangka strategi baru bank pusat itu apabila inflasi semakin tinggi dan pemulihan pasaran buruh lebih lemah daripada dijangkakan.

Kedua-dua pembuat dasar itu bercakap pada hari Isnin, dalam satu acara secara maya dianjurkan oleh Forum Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi dan Fed Philadelphia.

Bullard memberitahu bahawa pembuat dasar perlu menurunkan inflasi ke arah sasaran Fed 2%, dan sekarang dengan keadaan pandemik yang semakin merosot, ia adalah waktu yang sesuai untuk membuka perdebatan mengenai program pembelian bon.

Sementara itu, Kaplan pula mengatakan kesediaan beliau untuk memulakan proses pengurangan pembelian bon bulanan bank pusat yang bernilai $120 bilion, selain turut menyatakan kebimbangannya terhadap pasaran perumahan yang tidak stabil dan potensi dasar yang longgar akan menyebabkan ketidakseimbangan.

Bagaimanapun, pendekatan ini mendapat tentangan daripada Presiden Fed New York, John Williams mengatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk bank pusat menarik kembali sokongan ekonomi berikutan ketidakpastian mengenai pemulihan dari wabak tersebut yang masih membelenggu negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat