Pergerakan Greenback Lemah, Matawang Antipodean Tunjuk Taring

323

Dolar Amerika memanjangkan penyusutan sehingga ke sesi Eropah ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada malam ini.

Berbanding matawang utama, US dolar tetap bertahan di tengah-tengah isyarat bercampur dari pembuat dasar Federal Reserve (Fed) dan data ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Indeks dolar diperdagangkan 0.1% lebih rendah di sekitar harga 91.70 pada awal pembukaan sesi Eropah.

Data inflasi yang akan dikeluarkan pada sesi New York akan memberikan petunjuk terbaru mengenai sejauh mana tekanan kenaikan harga akan mendorong Fed untuk mula bertindak selepas isyarat yang diberikan pada minggu lalu.

Matawang Antipodean, meraih keuntungan dengan mencatatkan kenaikan sederhana, terutamanya dolar New Zealand yang menunjukkan prestasi paling kukuh berbanding US dolar.

Dolar Aussie juga meningkat dengan mengabaikan berita kurang menyenangkan mengenai pertikaian Australia dan China. Beijing membalas tindakan Canberra dengan membawa isu perdagangan mereka kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Sementara itu, matawang pound terus didagangkan suram susulan keputusan dovish mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) yang mengekalkan dasar monetarinya tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat