Pergerakan Matawang Forex Setakat Ini

89

Dolar melemah semula berbanding matawang dunia semalam kerana perkembangan politik di US yang semakin membimbangkan berikutan ancaman Trump untuk penutupan kerajaan (government shutdown)

Government shutdown bermaksud proses dimana process the eksekutif cawangan akan campur tangan apabila kongres dan presiden gagal untuk luluskan pembiyaan operasi kerajaan dan agensi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.30% kepada 93.14 setakat jam 6.40 pagi.

Sehari selepas pasaran melihat pentadbiran Trump telah kembali fokus kepada agenda ekonomi mereka, dolar jatuh semula ke paras pembukaan harga pasaran hari Rabu berikutan para pelabur bimbang tentang ancaman Trump untuk tutupkan kerajaan jika tidak mendapat dana untuk membina diding sempadan US-Mexico.

“Jika kami perlu tutup kerajaan ini, kami sedang membina sempadan tersebut”, kata Presiden Trump. “Kami akan bina dinding sempadan. Rakyat Amerika telah mengundi untuk kawalan imigresen. Kami akan dapatkan dinding tersebut”.

Ancaman Trump ini menimbulkan ketidakstabilan politik di US, mendorong kepada peningkatan permintaan matawang safe-haven seperti yen dan swiss Franc.

Pasangan matawang USD/JPY jatuh 0.24% kepada ¥108.92, manakalah USD/CHF jatuh 45 pips kepada 0.9624

Peningkatan terhadap matawang safe-haven ini juga disebabkan oleh para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga menjelang ucapan Mario Draghi, Presiden ECB dan pengerusi Fed, Janet Yellen dalam persidangan dua hari Jackson Hole

Draghi juga dijangka akan berhati-hati dalam komennya tentang polisi, apabila dalam minit mesyuarat ECB minggu lalu menunjukkan kebimbangan bank pusat terhadap pengukuhan euro.

Sentimen dolar meningkat berbanding euro selepas laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon eropah meningkat diluar jangkaan.

EUR/USD meningkat 0.44% kepada $1.1812 manakala EUR/GBP susut 0.61% kepada 0.9226

Pasangan matawang GBP/USD pula jatuh 0.14% kepada $1.2803 dan USD/CAD mendatar di sekitar $1.2555

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat