Pergerakan Matawang Perlahan, Suramnya Dagangan Pagi Ni

540

Sentimen bercampur-campur menghiasi pasaran ketika memasuki dagangan hujung minggu pada sesi Asia, dengan US dolar didagangkan stabil berbanding beberapa matawang utama.

Data yang diterbitkan Jabatan Perdagangan menunjukkan jualan runcit AS pada bulan Jun meningkat untuk bulan kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, kenaikan semula kes baru Covid-19 telah membantutkan usaha pemulihan apabila data pekerjaan masih penunjukkan perkembangan yang lemah. Ini dapat dilihat apabila jumlah tuntutan faedah yang dibuat oleh warga AS pada minggu lepas masih tinggi iaitu melebihi 1 juta.

Beberapa pelabur mengungkapkan bahawa mereka mula melihat tanda-tanda yang membimbangkan dalam beberapa siri data terbaru, yang menunjukkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang berterusan akan memberi ancaman besar kepada ekonomi AS.

Selain itu, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China turut memberi kesan kepada selera risiko, terutama matawang komoditi yang pastinya terjejas sekiranya hubungan dua negara ini goyah.

Ketidakpastian dalam hubungan antara dua ekonomi gergasi itu mendorong dolar Aussie dan kiwi untuk diniagakan berhati-hati dengan masing-masing di sekitar paras harga $0.6980 dan $0.6540 berbanding US dolar.

Sementara itu, euro didagangkan mendatar selepas mencatatkan penyusutan pada sesi sebelumnya, sementara pasaran kini menumpukan perhatian kepada perbincangan para pemimpin EU mengenai dana pemulihan pada hujung minggu ini.

Keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) menepati ramalan apabila bank pusat memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan meneruskan program pembelian bonnya tanpa membuat apa-apa tambahan dalam langkah rangsangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat