Pergerakan Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

46

Kelemahan US dolar kecuali berbanding Yen telah memberikan sedikit sokongan kepada logam berharga, emas. Tetapi impak tersebut telah diseimbangkan semula oleh hasil-bon global yang tinggi berikutan jangkaan pengetatan polisi bank pusat.

Emas dalam sesi dagangan New York pada Rabu bergerak dalam julat kecil di mana support berada di paras $1250.

Ketika ini emas didagang di sekitar $1244.66 setakat pukul 10.43 malam.

Terdapat kenaikan berterusan dalam hasil-bon di Eropah pada Khamis dengan hasil-bon 10 tahun Jerman bergerak menghampiri 0.45%, manakala hasil bon 10-tahun US naik ke paras 2.25%.

Tekanan ke atas terhadap hasil-bon dan jangkaan bank pusat global akan mengurangkan pelonggaran polisi monetari beberapa bulan akan datang adalah penting kerana ia akan memberi tekanan kepada emas.

Harga pengguna di Jerman meningkat kepada 1.6% pada Jun dari 1.5% sebelum itu jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran 1.4%.

Data yang dikeluarkan sebentar tadi juga menunjukkan pertumbuhan GDP Amerika Syarikat dikaji semula naik kepada 1.4% berbanding data sebelum 1.2% dengan perbelanjaan pengguna juga mengukuh.

Walaupun US dolar ketika ini melemah, tetapi ia masih kekal mengukuh berbanding Yen sejak tiga minggu lalu.

Kombinasi antara pengukuhan US dolar dan peningkatan hasil-bon memberikan tekanan kepada emas di mana Usd/Jpy kekal kukuh.

Terdapat risiko pergerakan yang tidak diduga dalam jangka masa 24 jam dari sekarang berikutan penghujung bulan di mana biasanya terdapat banyak perubahan aktiviti pelaburan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat