Pergerakan Pasaran Logam Berharga Emas Setakat Petang Ini

44

Emas bergerak lebih rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh data GDP Amerika Syarikat yang meyakinkan, tetapi komen hawkish oleh beberapa Gabenor bank pusat mengurangkan pengukuhan US dolar.

Dalam Comex di New York Mercantile Exchange (NYME), pasaran hadapan emas bagi penghantaran Ogos susut 0.08% kepada $1,244.69 setakat pukul 4.44 petang.

Data rasmi pada Khamis menunjukkan data US GDP naik 1.4% pada suku pertama, yang dikaji semula dari 1.2%. Jangkaan pasaran bagi data kali ini adalah tidak berubah. Data yang meyakinkan menyokong kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

The Fed menaikkan kadar faedah awal bulan ini dan menjangka akan ada satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini walaupun data-data sebelum itu kurang memberangsangkan. Namun, The Fed berkata ia adalah disebabkan faktor-faktor sementara.

Logam berharga begitu sensitif terhadap pergerakan atau perubahan kadar faedah Amerika Syarikat, yang meningkatkan kos-lepas memegang emas berbanding bon.

Pengukuhan US dolar begitu terhad selepas komen oleh dua orang Gabenor dari ECB dan Bank of England yang memberikan isyarat pengurangan pelonggaran dalam beberapa bulan akan datang.

Selain itu, logam berharga seperti perak bagi penghantaran Julai naik 0.11% kepada $16.600 troy ounce, manakala copper (kuprum) bagi penghantaran September naik 0.65%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat