Pergerakan Semasa Pasaran Forex Menjelang Pembukaan Awal Wallstreet

502

Matawang US dollar membuat penurunan pada awal sesi dagangan minggu ini dengan pasaran ketika ini sedang menunggu keputusan daripada mesyuarat beberapa bank pusat. Bank pusat yang akan menjadi tumpuan pada minggu ini adalah BoJ, Federal Reserve dan BoE.

Bank of Japan (BoJ) dan The Fed dijangka akan mengekalkan polisi semasa, manakala Bank of England pula dijangka menaikkan kadar faedah kepada 0.75%.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.17% setakat pada pukul 8.03 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sehingga 0.23% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.07%. USD/JPY setakat ini pula naik sebanyak 0.05%, USD/CAD jatuh 0.11% dengan USD/CHF didagangkan meningkat 0.21%. Pair AUD/USD membuat penurunan 0.04%, manakala NZD/USD naik sebanyak 0.19%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang EUR/AUD membuat penurunan sehingga 0.30% setakat ini.

Perkembangan semasa dalam pasaran saham Eropah menunjukkan indeks utama seperti DAX, CAC40 dan FTSE didagangkan negatif. Terdapat juga laporan yang menunjukkan tawaran perdagangan bebas oleh China terhadap Britain.

Dalam pasaran komoditi, harga emas masih lagi bergerak mendatar (sideway) menjelang mesyuarat bank pusat minggu ini. Harga minyak mentah pula membuat peningkatan berikutan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang meyakinkan pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat