Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

49

US dolar mencapai paras tertinggi tiga minggu lalu berbanding Yen pada Selasa selepas pengaruh komen dari pegawai-pegawai Federal Reserve yang mengatakan inflasi US harus meningkat jika kadar gaji meningkat.

Usd/Jpy telah mencapai paras tertinggi hari ini di 111.77 pukul 8 pagi tadi, paras yang kali terakhir dilihat pada 26 Mei. Kini pasangan matawang ini didagang di sekitar 111.58.

US dolar melonjak selepas komen oleh William Dudley Presiden Fed cawangan New York yang mengatakan pasaran buruh yang semakin ketat seharusnya memandu inflasi lebih tinggi.

Hal ini dilihat meyakinkan pelabur bahawa inflasi yang rendah akan naik juga akhirnya seterusnya bank pusat meneruskan perancangan tiga kali kenaikan kadar.

Komen Dudley memastikan mesej yang disampaikan minggu lalu oleh The Fed dan melonjakkan US dolar, kata Teppei Ino, penganalisis di Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ di Singapura.

Dalam ucapan berasingan, Presiden Fed Chicago Charles Evans berkata pada Isnin bahawa bank pusat akan menaikkan kadarnya sekali lagi pada penghujung tahun ini.

Matawang greenback terus mengukuh sejak mesyuarat Fed pada 14 Jun di mana bank pusat juga mengumumkan untuk memulakan pengurangan penyata imbangan.

“Jangka pendek, mungkin Usd/Jpy lebih menarik,” kata Tan penganalisis pasaran forex di UBS Wealth Management Singapura. Walaubagaimanapun, katanya sebarang kelemahan dalam inflasi US tetap memberi risiko kepada kenaikan US dolar.

Berbanding enam matawang yang lain, indeks US dolar kini meningkat dari paras terendah 96.31 minggu lalu kepada paras tertinggi hari ini di 97.60.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat