Pergh! Nampaknya Orchid (OXT) Sedang Berikan Isyarat Positif Terbang Jauh?

253

Orchid, sebuah matawang kripto yang dikuasai dengan teknologi virtual private network (VPN), menggambarkan dirinya sebagai insentif pertama di dunia dalam rangkaian privasi peer-to-peer.

Dilancarkan pada Disember 2019 oleh Dr. Steven Waterhouse sebagai CEO, Jay Freeman, Brian J.Fox dan Gustav Simonsson.

Matlamat Orchid adalah untuk mengatasi had kebebasan internet dengan menggunakan pembayaran matawang kripto.

Uniknya, idea disebalik Orchid adalah dari segi penggunaan teknologi blockchain untuk meningkatkan pengalaman VPN yang sedia ada.

Dengan menggunakan probabilistic nanopayment yang berasaskan matawang kripto, pengguna boleh mendapat manfaat daripada penggunaan VPN tanpa nama yang tidak bergantung daripada server berpusat dan risiko yang berkaitan dengan infrastruktur negara tertentu.

Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga OXT/USDT,

Pergerakan harga OXT telah mempamerkan rekod pasaran 2021 dengan menghasilkan lonjakan lebih 350% mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $1.02 pada 5 April yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga OXT sedang memberi isyarat positif untuk memperolehi corak kenaikan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.23 dilihat berjaya dilepasi dan sedang berlegar-legar diatas paras tersebut samada membuat correction atau meneruskan kenaikan.

Sekiranya pergerakan harga kekal menyaksikan trend kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $0.26 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga OXT kembali menyaksikan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.23 tersebut sebelum menuju ke paras sokongan yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, OXT/USDT didagangkan pada harga $0.24 melonjak lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-157 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto OXT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat