Pergh! Sekelip Mata Harga Emas Meroket Ke Puncak 3 Bulan

1,751

Logam berharga emas didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia berikutan kebimbangan terbaharu mengenai krisis geopolitik Rusia dan Ukraine telah mendorong permintaan terhadap aset safe-haven.

Pada Jumaat lalu, Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan berbaur amaran bahawa Rusia akan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Ukraine pada bila-bila masa sahaja dan mengarahkan rakyatnya untuk keluar daripada negara itu secepat mungkin.

Penasihat keselamatan negara Presiden AS Joe Biden, Jake Sullivan mengatakan bahawa serangan berkemungkinan akan bermula semasa sukan Olimpik di Beijing meskipun terdapat pelbagai spekulasi bahawa ia akan terjadi selepas acara itu.

Tambah Sullivan lagi, mereka tidak mengetahui bila Presiden Rusia, Putin akan mengeluarkan arahan rasmi, tetapi ‘ia akan terjadi tidak lama lagi’.

Susulan kenyataan ini, pasaran kewangan mulai panik dan terus beralih kepada aset safe-haven seperti emas sebagai perlindungan.

Hal ini sekali gus memacu harga emas untuk meroket ke paras ketinggian terbaharu tiga bulan sehingga menyentuh harga $1,865 per auns pada akhir dagangan minggu lalu.

Pengukuhan logam kuning itu berterusan sehingga pembukaan dagangan hari ini, yang menyaksikan ia didagangkan tinggi pada sekitar harga $1,858 per auns (ketika penulisan).

Sehingga kini, kebanyakan negara termasuk Eropah telah memerintahkan rakyat mereka yang tinggal di Ukraine untuk keluar daripada negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat