Perhatian! 3 Altcoin Bermodal Kecil Ini Dijangka Untung 3X!

2,369

“Korang semua kena kaji dulu juga tau, jangan main sauk je.”

Memang banyak mata wang kripto yang memiliki modal pasaran kecil telah diabaikan, tetapi itulah satu perkara yang boleh buat para pelabur menjana keuntungan tiga kali ganda melalui masa dan strategi yang tepat.

Hal ini kerana modal pasaran kecil membawa makna aset digital itu mempunyai harga atau permintaan rendah dalam pasaran kripto. Oleh itu berikut adalah tiga altcoin yang memiliki modal pasaran kecil tetapi berpotensi menjana keuntungan 300%.

Core (CORE)

Dibina sebagai blockchain layer-1 yang serasi dengan Ethereum Virtual Machine (EVM), CORE boleh menjalankan kontrak pintar Ethereum (ETH) dan aplikasi decentralized (dApps).

CORE yang memiliki modal pasaran lebih $1 bilion pada masa ini didagangkan pada $2.06 dengan volum dagangan $89 juta.

Sungguhpun bukanlah antara altcoin paling popular, tetapi Core tetap naik 58% dalam masa sebulan di mana ia memuncak pada April 2024 untuk melepasi $3.77 sementara menetapkan paras tertinggi sepanjang masa $6.47 hampir enam bulan lalu.

Pendle (PENDLE)

PENDLE ialah protokol yang membenarkan tokenization dan perdagangan future yields termasuk memberikan pengguna lebih kawalan ke atas hasil masa depan dengan menyediakan pilihan dan peluang untuk penggunaannya.

Memiliki modal pasaran $1 bilion dan volum dagangan $200 juta, PENDLE yang kini didagangkan pada $4.40 telah menggunung sehingga $7.50 pada 11 April 2024 tetapi jatuh semula disebabkan pergerakan pasaran kripto semasa yang tidak menentu.

Namun, terdapat penganalisis sungguh percaya PENDLE akan melonjak lagi melebihi paras tertinggi sepanjang masa dalam fasa bull run ini.

Ethena (ENA)

ENA merupakan protokol dolar sintetik dibina di atas ETH yang akan menyediakan penyelesaian crypto-native untuk wang tidak bergantung pada infrastruktur sistem perbankan tradisional.

Permintaan ENA terus meningkat bukan sahaja disebabkan volum dagangannya naik ke $499 juta malah harganya menembusi $1.52 dalam 18 hari lalu, di mana kini aset digital itu mempunyai modal pasaran $1 bilion.

Memang tidak dinafikan kemungkinan pemulihan dalam masa terdekat ini adalah agak rendah, tetapi ketiga-tiga altcoin tersebut mampu mendaki tinggi sebanyak 300% apabila seluruh pasaran kripto sudah memulih semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat