Perhatian! Alipay & Platform Blockchain Kontrak Pintar Ini Bergabung Tenaga!

392

“Hmm agak-agak mereka nak bekerjasama sebab apa?”

Demi mencipta program baucar dikuasakan oleh teknologi Web3, Alipay yang merupakan platform pembayaran dalam talian memeterai perjanjian bersama platform blockchain kontrak pintar Avalanche (AVAX).

Pada 20 Mac 2024, AVAX mengumumkan penyelesaian pesanan Alipay dipanggil Alipay+ D-store serta e-wallet rakan kongsinya mengaplikasikan AVAX untuk program tersebut.

Ia telah dilancarkan di kedai teh susu Asia Tenggara yang membenarkan pengguna memperoleh baucar dalam e-wallet melalui bermain permainan dan perlu diketahui baucar itu membolehkan mereka dapat diskaun sehingga 50% di lebih 500 kedai teh susu.

Suka dimaklumkan baucar tersebut dikuasakan Avalanche Subnet yang dibina dan diuruskan oleh perkhidmatan blockchain mereka dipanggil AvaCload, di mana ia bertujuan membenarkan jenama seperti Alipay mengalami penyelesaian dikuasakan teknologi Web3.

Meskipun begitu, AVAX berkata program itu masih membenarkan Alipay bekerjasama dengan jenama lain menggunakan ciri berkuasa blockchain dan koleksi digital.

AVAX yang menekankan program itu masih dalam fasa pertama peringkat proof-of-concept (POC) berkata bahawa ia akan dilancarkan ke lebih daripada 2,000 kedai kemudian memperkenalkan baucar kepada 100 juta pengguna.

Pada sisi berbeza, AVAX yang bina ekosistemnya pada tahun 2024 bukan sahaja bekerjasama dengan cabang tiket Sports Illustrated dipanggil Sl Tickets malah game multiplayer dalam talian (MMORPG) yang popular MapleStory akan berkembang menjadi subnet AVAX.

Setakat penulisan ini, harga AVAX mendaki sebanyak 6.55% pada paras $54.88 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $20 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 1.20% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat