Perhatian! Bursa Kripto Ini Menyenaraikan Token ZEUS!

596

““Semua jangan tertipu ye, token ZEUS bukan daripada jenama Zus kopi tu ye.”

Bursa mata wang kripto OKX secara rasmi mengumumkan penyenaraian token ZEUS diasaskan Zeus Network yang membenarkan para trader berdagang token tersebut bersandarkan USDT menggunakan pasangan spot.

Bagi membezakan dirinya daripada pesaing lain, Zeus Network menggabungkan secara strategik kelajuan pemprosesan dan skalabiliti Solana (SOL) yang tinggi bersama keselamatan serta liquidity BTC yang tiada tandingan.

Susulan pengumpulan pusingan pembiayaan terbaharu $8 juta telah diketuai oleh Mechanism Capital dan disokong oleh OKX Ventures, Animoca Ventures dan entiti lain, ia berjaya menunjukkan kepercayaan pasaran kripto terhadap peningkatan ketara dalam kebolehkendalian blockchain melalui ZEUS.

Inisiatif pembiayaan itu tertumpu pada pembangunan infrastruktur cross-chain yang menghubungkan Solana (SOL) dengan blockchain utama lain seperti Bitcoin (BTC) dan Litecoin (LTC) yang akan menyediakan ekosistem interconnected serta lebih berkesan.

Zeus Network turut berhasrat cipta airdrop yang bertujuan memberi manfaat kepada komunitinya susulan rangkaian itu bersedia memberi beberapa token ZEUS kepada peserta yang layak ditambah pula terdapat pelancaran utama dalam beberapa bulan akan datang.

Selain bersedia membuka jalan baharu bagi pengembangan pasaran dan inovasi dalam ruang blockchain, Zeus Network juga ingin berusaha membangunkan sokongan kukuh untuk pertukaran data serta aset yang lancar merentasi blockchain berbeza.

Usaha tersebut diserlahkan oleh pembangunan aplikasi decentralized pertamanya APOLLO yang bertujuan merapatkan jurang liquidity antara BTC dan SOL yang dapat meningkatkan ekosistem DeFi.

Suka dimaklumkan sokongan kuat daripada pelbagai firma modal teroka dan pelabur angel termasuk Co-Founder SOL Anatoly Yakovenko telah menandakan kepercayaan kolektif terhadap visi rangkaian serta menyambungkan pelbagai ekosistem menggunakan SOL Virtual Machine (SVM) atau Zeus Layer.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat