Perhatian! Ini 3 Sebab Utama Di Sebalik Permintaan Besar Cip AI Nvidia!

441

“Wow terbaiklah, Nvidia sejak kebelakangan ini dah semakin menonjol.”

Demi memperkasakan modal artificial intelligence (AI), generasi baharu cip dan software AI oleh Nvidia bakal dikeluarkan pada minggu ini di mana Blackwell ialah nama generasi terbaru pemproses grafik AI manakala cip sulung firmanya dipanggil GB200 dijadualkan tiba akhir tahun ini.

Nvidia berjaya memikat pesanan baharu melalui janji cip lebih berkuasa, misalnya perniagaan dan pembangun software masih berusaha keras mendapatkan generasi terbaharu “Hopper” H100 termasuk cip berkaitan.

Berikut adalah tiga sebab mengapa cip tersebut akan mendorong permintaan dalam pasaran lebih luas:

Kemelesetan Pasaran Cip China

Pasaran AI global kini mengalami kemerosotan susulan penganalisis menyifatkan penurunan itu disebabkan kesan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas China dan pasaran cip global lemah yang membersihkan lebihan inventori dan pemulihan ekonomi China.

Sungguhpun terdapat sekatan dan penurunan import, menarik untuk diperhatikan bahawa pengeluaran cip domestik menurun walaupun terdapat sekatan serta penurunan import tetapi Nvidia boleh mengatasi masalah itu dengan mudah melalui cip baharunya.

Jangkaan Pertumbuhan AI

Susulan pasaran bagi teknologi AI sangat besar, ia mungkin akan mencapai lebih 1.8 trilion dolar menjelang 2030 iaitu meningkat daripada unjuran 200 bilion dolar pada 2023.

Cip baharu yang dibangunkan oleh Nvidia berjaya menghasilkan angka pendapatan yang baik daripada pertumbuhan dijangkakan sendiri.

Kemajuan Cip Nvidia

Bersama software baharu Nvidia, aplikasi pada mana-mana GPU firma atau model lama yang mungkin lebih sesuai bagi penggunaan tetapi bukan pembangunan AI akan beroperasi lebih lancar.

Nvidia yang mengeluarkan kemas kini pada seni bina GPU setiap dua tahun telah membuka kunci peningkatan prestasi susulan seni bina Hopper yang menggerakkan cip seperti H100 berjaya berfungsi sebagai tempat latihan untuk sejumlah besar moda AI yang didedahkan pada umum tahun lepas.

Firma itu mendakwa pemproses berasaskan Blackwell seperti Gb200 menawarkan peningkatan prestasi yang ketara untuk firma AI di mana ia dapat melatih model lebih kompleks dan berskala besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat