Perhatian! Ini 3 Token Paling Diperhatikan Pelabur!

1,118

“Korang boleh la baca-baca dan kaji dulu sebelum nak beli, jangan main sauk je ye.”

Sentimen mengelilingi seluruh pasaran mata wang kripto semakin positif apabila para pelabur kian memberi perhatian pada acara halving Bitcoin (BTC), kejelasan peraturan termasuk kesan jangka panjang aliran masuk melalui spot BTC ETF.

Oleh demikian, senarai di bawah ini adalah 3 kripto yang pelabur sejak kebelakangan ini memerhatikan untuk ditambah ke dalam portfolio mereka.

Memerinator (MMTR)

  • Projek itu yang guna blockchain dan artificial intelligence (AI) untuk membawa ekosistem gamified ke dunia memecoin termasuk staking dan non-fungible token (NFT) sebahagian daripada utiliti ditawarkan.
  • Demi sasar modal pasaran $1 bilion pada debut dagangannya dalam beberapa bulan akan datang, MMTR bakal memusnahkan semua memecoin yang lemah.
  • Kini, prajualan yang capai tahap 13 dan kumpul lebih $3.7 juta telah menawarkan peluang hebat untuk tawaran awal.
  • Harga MMTR ialah $0.0197 dan akan melonjak $0.0208 pada peringkat seterusnya sebelum capai $0.0292 pada peringkat prajualan terakhir.

Pyth Network (PYTH)

  • Sistem oracle blockchain untuk data pasaran masa nyata yang dapat daya tarikan luar biasa semasa airdrop dan penyenaraian pertukaran berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Kapasiti penskalaan rangkaian PYTH menyediakan lebih 400 price feeds* bersama data daripada blockchain, pertukaran kripto dan pembuat pasaran antara lain.

*Kemas kini harga ditulis kepada blockchain melalui kontrak price feeds yang digunakan dan dimiliki oleh pengendali suapan

  • Penyedia itu memanfaatkan kontrak pintar bagi menyumbang price feeds masa nyata untuk kripto, ETF, ekuiti, pasangan FX dan komoditi.
  • Lebih 90 pembekal pasaran kini menerbitkan data pada Pyth termasuk Binance, Cboe dan Jane Street.
  • PYTH mampu naik di tengah-tengah keadaan pasaran kripto yang menggalakkan susulan harganya pernah capai paras tertinggi sepanjang masa $0.54 pada November 2023.

Celestia (TIA)

  • Harganya naik drastik selepas pelancaran beta utamanya pada Oktober 2023 dan apabila Binance mula menyenaraikan token TIA.
  • Daya tarikan blockchain itu datang ketika terdapat airdrop besar-besaran TIA dan peningkatan integrasi di mana projek berusaha manfaatkan teknologi rollup chains untuk fleksibiliti, praktikal, kesalingoperasian serta kebolehskalaan.
  • Harga TIA yang kini didagangkan pada $18.35 pernah cecah paras tertinggi sepanjang masa pada $20.16 pada 15 Januari 2024 daripada $2.08 pada 31 Oktober 2023.
  • TIA menduduki tempat ke-34 dalam kalangan kripto terbesar mengikut modal pasaran dengan $2.8 bilion, tetapi ia boleh mendaki carta jika momentum kenaikannya menunjukkan pengukuhan lagi.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat