Perhatian! Ini 5 Token RWA Bullish Gila-Gila!

1,694

“Ada ke siapa-siapa yang dah beli token-token ini? Kalau ada sila angkat tangan.”

BlackRock yang melancarkan dana token pertamanya pada blockchain Ethereum (ETH) telah menyebabkan lima mata wang kripto Real-World Asset (RWA) menggunung tinggi. Berikut adalah senarainya:

Polymesh (POLYX)

POLYX yang tembus $0.44 pada Khamis semalam adalah blockchain khusus direka bagi sekuriti terkawal dan kini harganya yang didagangkan pada $0.43 telah naik 6.44% dalam masa 24 jam lalu dan raih 59.07% sepanjang minggu lepas.

Sebagai platform yang memudahkan perdagangan tokenized assets, POLYX yang berdiri di barisan hadapan dalam sektor sedang berkembang ini telah dapat manfaat secara langsung daripada minat yang makin meningkat dalam penyelesaian kewangan berasaskan blockchain.

Centrifuge (CFG)

Sebagai peserta lain dalam RWA, CFG yang kini melihat pendakian sehingga $1.07 daripada $0.56 pada Selasa lepas telah membenarkan pengguna membiayai aset kehidupan sebenarnya melalui DeFi kemudian berkembang disebabkan populariti dan peningkatan konsep aset token.

Aliran menaik itu ialah keyakinan pasaran kripto tentang potensi kesan DeFi dalam sektor kewangan tradisional termasuk pinjaman dan peminjaman.

Propchain (PROPC) & Propbase (PROPS)

PROPC dan PROPS telah mencatatkan keuntungan luar biasa susulan masing-masing naik 32.69% serta 31.30% sepanjang minggu lepas, di mana harga PROPC sudah memecahkan $4.14 manakala PROPS pula $0.069.

Kedua-dua platform tersebut yang menumpukan pada tokenization hartanah dan aset hartanah lain telah memperoleh manfaat daripada peningkatan minat dalam token RWA.

Ondo Finance (ONDO)

Ondo yang berjaya tembus $0.83 telah bermatlamat merapatkan kewangan tradisional bersama DeFi melalui tokenization sekuriti, di mana ia berjaya meletakkannya dengan baik dalam persekitaran semasa.

Jadi di sini dapat dilihat pengembangan tawaran Ondo dan perkongsiannya merentasi pelbagai platform blockchain telah merancakkan lagi pertumbuhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat