Perhatian! Ini 5 Trend Pasaran Yang Bakal Dicetuskan Nvidia Berkaitan AI!

682

“Fulamak dahsyatlah, senyap-senyap rupanya Nvidia makin berkembang.”

Pertumbuhan industri artificial intelligence (AI) kian meningkat apabila Nvidia mencatatkan keputusan sangat optimis di mana pendapatan suku keempatnya $22.1 bilion. Oleh itu, berikut ialah 5 ciri hasil Nvidia yang boleh bertukar menjadi trend pada masa hadapan.

Revenue AI Menjadi Keutamaan Utama Firma

Keputusan Nvidia telah mengukuhkan idea bahawa revenue AI* akan jadi sumber pendapatan utama bagi ramai orang, oleh itu gergasi teknologi perlu mempercepatkan pembangunan AI mereka untuk mula cetak revenue AI.

*Merujuk kepada menggunakan algoritma AI dan teknik pembelajaran mesin untuk menganalisis volum besar data, mengenal pasti corak atau arah aliran, mendedahkan insights tersembunyi serta buat ramalan tepat yang membolehkan organisasi capai pertumbuhan hasil boleh diramal

Jualan data center termasuk jualan utama AI Nvidia meningkat lebih tiga kali ganda pada $47.5 bilion untuk tahun fiskal 2024 dan sebahagiannya disebabkan oleh hasil pecahan rekod suku keempat Nvidia kira-kira $18.4 bilion.

Sekatan Cip China Bukan Kebimbangan Besar

Sungguhpun tidak mempunyai kebenaran diperlukan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi mengeksport barangan terlarang ke China, Nvidia berkata bahawa mereka telah memulakan alternatif penghantaran yang tidak memerlukan lesen untuk pasaran China.

Jadi di sini dapat dilihat kebimbangan peserta pasaran mengenai sekatan ke atas China dan kejatuhan keseluruhan dalam perdagangan cip mungkin musnah susulan firma kini sedang cari alternatif sesuai untuk memastikan perniagaannya menguntungnya.

Pertumbuhan Pasaran AI Menjadi Kunci

Pada masa hadapan, AI akan menjadi sumber pendapatan penting firma IT susulan tinjauan industri dapat melihat sebahagian besar operasi perniagaan IT yang tertumpu pada AI.

Disebabkan oleh keluaran berterusan senarai produk baharu dan model subscription, AI mungkin akan menjadi tumpuan utama serta pembekal asas pengguna untuk banyak firma pada masa hadapan.

Rantaian Bekalan AI Untuk Kekal Stabil

Rantaian bekalan peneraju industri dalam AI telah bergelut bagi bersaing permintaan pesat untuk pemproses Nvidia, oleh itu rantaian bekalan stabil AI perlu menjamin pembuatan boleh diteruskan walaupun dalam persekitaran yang tidak stabil.

Ia menentang gangguan pada pergerakan produk antarabangsa melalui pengesanan tanda amaran awal dan secara proaktif serta konsisten menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.

Software AI Enterprise Nvidia

Susulan tawaran software dan perkhidmatannya, Nvidia telah melihat kemajuan hebat kerana mencapai kadar larian hasil tahunan $1 bilion yang menandakan penggunaan software AI lebih meluas oleh pelanggan.

Pada masa hadapan, metrik utama untuk menilai pendapatan dan pertumbuhan mana-mana firma akan menganalisis pertumbuhan software dan prestasi keseluruhan segmen tertentu itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat