Perhatian! Ini 6 Acara Penting Perlu Diperhatikan Trader Kripto!

548

“Harapnya ada beri reaksi la, takut reaksi nanti menghampakan je.”

Seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) pada minggu ini mampu menyaksikan pergerakan turun naik susulan terdapat enam acara utama yang dapat mempengaruhi harganya secara ketara, berikut adalah senarainya:

BTC Sasar $38,000

Momentum kenaikan untuk BTC kekal kukuh kerana sebahagian besarnya didorong oleh jangkaan kelulusan spot BTC ETF ditambah pula terdapat acara halving BTC yang akan berlaku pada April tahun depan.

Menurut pedagang kripto Mags, BTC dapat mencapai $42,000 jika harganya berjaya memecahkan zon rintangannya pada $38,000 dan perlu diketahui penaikan perlahannya sejak 33 hari lalu adalah petanda sangat penting untuk aset digital itu naik lebih tinggi.

Data Inflasi PCE

Terbitan data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada Khamis yang tidak termasuk makanan dan tenaga adalah ukuran inflasi yang dapat beri kesan positif pada pasaran kewangan termasuk kripto susulan bacaan bulanan dijangka catat angka lebih perlahan untuk Oktober.

Ucapan Federal Reserve Jerome Powell

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah bersedia untuk menyampaikan satu lagi ucapan pada Jumaat ini di mana beliau mungkin ingin menaikkan kadar faedah lebih tinggi untuk memastikan kestabilan harga dan menurunkan inflasi pada sasarannya 2%.

Penyiaran Secara Langsung Staking Chainlink V0.2

Kemas kini Staking v0.2 Chainlink (LINK) akan bermula pada 28 November 2023, tetapi pelancarannya adalah berperingkat susulan Priority Migration untuk pihak berkepentingan v0.1 bermula pada tarikh itu diikuti fasa Early Access mulai 7 Disember.

General Access yang dibuka pada 11 Disember 2023 akan membenarkan semua pengguna untuk mengambil bahagian dan ia boleh mendorong harga LINK untuk bertindak balas positif dalam beberapa minggu lagi.

Pelaksanaan Hard Fork Cosmos

Hard fork yang mungkin dilaksanakan dalam blockchain Cosmos (ATOM) bukan sahaja mampu melonjakkan harganya malah menyelesaikan konflik dalaman dan memberi manfaat kepada pemegangnya termasuk airdrop yang besar.

Unlock Token

Pasaran kripto bakal menyaksikan dua unlock token utama pada minggu ini, di mana token DYDX bernilai $524 juta akan unlock pada 28 November untuk pelabur dan pasukan manakala unlock token SUI bernilai $48 juta juga pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat