Perhatian! Ini Petunjuk Terbaru BOE Untuk Trader GBP

552

Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey dan para penggubal dasar lain telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan Parlimen UK pada hari Rabu, mengenai keputusan mereka sebelum ini untuk menaikkan kadar faedah dalam memerangi inflasi.

Bagaimanapun, setelah dua kali kadar faedah dinaikkan, bank pusat tampaknya mula memberi petunjuk untuk mula memperlahankan pengetatan dalam dasar monetari mereka.

Bailey mengatakan bahawa beliau melihat risiko inflasi semakin meningkat, tetapi memberi amaran kepada pelabur agar tidak membuat spekulasi yang terlalu agresif pada kenaikan kadar pada masa akan datang.

Hal ini kerana, kadar faedah yang tinggi juga sebenarnya tidak baik kerana ia boleh melembapkan aktiviti dalam ekonomi dan meningkatkan pengangguran, menurut Bailey.

Kenyataan ini kemudiannya disokong oleh seorang penggubal dasar BOE yang mengundi untuk kenaikan kadar 50 mata asas pada meysuarat polisi baru-baru ini bahawa beliau melihat pengetatan ‘sederhana’ dalam beberapa bulan akan datang.

Kadar inflasi UK kekal berada di paras tertinggi 30 tahun pada Januari meskipun BOE telah mula meningkatkan kadar faedahnya pada Disember.

Mata wang pound kekal didagangkan suram susulan kenyataan tersebut selain turut terkesan dengan sentimen pasaran yang berisiko disebabkan ancaman perang Rusia dan Ukraine semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat