Perhatian! Ini Top 4 Kripto ETF Perlu Difokuskan Pada 2024!

815

“Ada ke kat sini yang berminat nak beli kripto ETF? Ataupun semua lagi suka token kripto je?”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang meluluskan permohonan spot Bitcoin (BTC) ETF daripada para pelabur kewangan tradisional telah menyebabkan mata wang kripto tersebut mencetuskan kegilaan serta mendominasi ruang aset digital

Susulan ETF telah menjadi trend sejurus selepas bank dan institusi terkemuka mendedahkan pendedahannya, berikut adalah empat spot kripto ETF teratas pada tahun ini yang mungkin boleh diperhatikan pelabur pada tahun 2024.

Grayscale Bitcoin Trust ETF (GBTC)

Setelah sekian lama bertarung dengan SEC, GBTC yang ditukar daripada amanah kepada ETF terbuka telah merekodkan kemenangan penting susulan ramai percaya mereka telah menjadi punca spot BTC ETF diluluskan.

Pun begitu, GBTC yang kini memiliki $19 bilion dalam Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) telah mengalami permulaan agak goyah pada tahun ini disebabkan pelabur yang bertindak menjual GBTC untuk melabur di tempat lain yang mempunyai yuran lebih murah.

VanEck Ethereum Strategy ETF (EFUT)

Suka dimaklumkan EFUT yang mempunyai kira-kira $29 juta dalam AUM berjaya merekodkan aliran masuk secara ketara susulan daripada produk tersebut yang membenarkan pelabur menjejaki harga Ethereum (ETH).

ETH adalah kripto kedua terbesar yang telah mendapat sentimen positif untuk harganya setelah banyak pihak menjangkakan kelulusan spot ETH ETF akan berlaku tidak lama lagi.

Bitwise Bitcoin ETF (BITB)

BITB yang kekal sebagai salah satu pemain besar dalam pasaran ETF telah melihat aliran masuk $2.1 bilion dan AUM bernilai 33,977 BTC.

Dana tersebut dipuji sebagai pengeluar pertama yang mendedahkan address wallet awamnya di tengah-tengah perkembangan lain.

iShares Bitcoin Trust (IBIT)

IBIT yang kini memiliki $17. 2 bilion dalam AUM telah menjadi produk utama dalam pasaran kripto susulan sudah mendominasi naratif aset digital ETF pada tahun ini sehingga menyebabkan firma lain juga buat pemfailan yang sama.

Umum mengetahui juga bahawa ProShares Ultra Bitcoin ETF, VanEck Digital Transformation ETF, Global C Bitcoin ETF dan lain-lain juga telah berjaya melancarkan produk kripto ETF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat