Perhatian! Jangan Trade USD Sebelum Baca Ini!

1,354

Dolar greenback didagangkan lebih kukuh di paras tertinggi 3 setengah bulan, didorong oleh hasil perbendaharaan AS yang meningkat tinggi pada 1.592% ketika pembukaan sesi Eropah.

Hasil bon AS terus meraih pengukuhan daripada pakej rangsangan $1.9 trilion yang telah diluluskan pada hujung minggu yang meningkatkan lagi jangkaan inflasi untuk meningkat lebih cepat daripada jangkaan.

Ketika hasil AS menunjukkan peningkatan, hasil bon Jerman pula merosot, menyebabkan dagangan euro jatuh ke paras terendah hampir empat bulan di bawah paras $1.19000 berbanding USD.

Selain itu, bacaan optimis data pekerjaan NFP turut menguatkan dolar greenback untuk meningkat lebih tinggi.

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang menantikan kejelasan selanjutnya daripada Presiden Christine Lagarde mengenai peningkatan hasil bon baru-baru ini.

Sementara itu, matawang pound didagangkan stabil dengan mencatatkan sedikit kenaikan ketika tumpuan pasaran kini disasarkan kepada ucapan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pada malam ini.

Matawang komoditi, dolar Aussie dan kiwi kembali berundur dari peningkatan yang dicatatkan pada awal sesi Asia, dengan mencatatkan penyusutan lebih rendah berikutan pengukuhan US dolar.

Dolar Kanada juga gagal mengekalkan keuntungan yang diraih dari lonjakan harga minyak mentah dunia berikutan serangan di pelabuhan minyak Arab Saudi pada hujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat