Selepas 24 Jam Berdebat, Senat AS Luluskan Pakej Rangsangan Biden

773

Senat Amerika Syarikat meluluskan pakej rangsangan coronavirus bernilai $1.9 trilion pada hari Sabtu setelah lebih 24 jam membahaskan undang-undang dan pindaan terhadapnya.

Ia diluluskan dalam undian 50-49, dengan semua anggota parlimen Demokrat memilih untuk bersetuju, manakala semua ahli Republikan menentangnya.

Bantuan tersebut merangkumi pembayaran langsung $1,400 untuk setiap warganegara yang memenuhi syarat, $300 setiap minggu bagi faedah pengangguran sehingga 6 September, serta peruntukan untuk negeri, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Pakej ini juga merangkumi sokongan gaji $14 bilion untuk syarikat penerbangan AS, pusingan ketiga bantuan persekutuan untuk industri ini, sebagai pertukaran untuk tidak membayar atau mengurangkan kadar gaji pekerja sehingga 30 September.

Seterusnya, rang undang-undang tersebut kini akan diserahkan semula ke Dewan Perwakilan AS untuk persetujuan akhir.

Menurut Ketua Majoriti Dewan Perwakilan Steny Hoyer, yang memberitahu bahawa mereka akan mengadakan undian terakhir pada hari Selasa.

Dewan akan mempertimbangkan rang undang-undang versi Senat yang telah diubah dari rancangan asal sebelum ini, sebelum menyerahkannya kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani pada awal minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat