Perhatian Trader USD/CAD! Ini Berita Penting Untuk Anda

560

Dolar Kanada perlahan-lahan mencuri peluang untuk mencatat sedikit kenaikan pada sesi dagangan hari ini ketika pelabur menantikan penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada pada hari Selasa.

Walaupun begitu, pertumbuhan ekonomi Kanada pada bulan Disember dijangka akan menunjukkan bacaan yang lebih perlahan berbanding sebelumnya, dengan pengembangan sebanyak 0.3% daripada 0.8%.

Loonie, sebelum ini telah dikecewakan oleh keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) yang memilih untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah meskipun inflasinya berada di tahap tertinggi 30 tahun.

Bagaimanapun, bank pusat ada mengatakan kebimbangannya mengenai kadar inflasi semasa yang tinggi dan memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah pada masa akan datang.

Namun, reaksi yang diterima dolar loonie tidak sekuat US dolar yang memberi impak besar kepada pasaran mata wang. Ini kerana, Federal Reserve (Fed) turut memberi indikasi tentang kadar faedahnya mungkin akan dinaikkan pada bulan Mac.

Hal ini menyebabkan dolar loonie terpaksa mengalah dan susut ke paras terendah empat minggu berbanding greenback. Ketika penulisan, dolar Kanada didagangkan berlegar pada sekitar harga 1.2730.

Menjadi tumpuan pelabur kini adalah bacaan data KDNK dan pekerjaan Kanada yang masing-masing akan dikeluarkan pada Selasa dan Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat