Perjanjian Siling Hutang Dicapai, Bitcoin Pantas ‘Menghijau’!

493

“Naik juga setelah sekian lama menunggu, adakah harga BTC nak lepas $29K pula?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya melepasi atas paras $28,000 apabila Presiden Joe Biden dan Republikan Kevin McCarthy dilaporkan telah mencapai perjanjian siling hutang yang hampir menuju tarikh akhirnya pada 1 Jun.

Biden berkata bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami default seterusnya kemelesetan dan kehilangan berjuta-juta pekerjaan termasuk memberi kesan terhadap akaun persaraan jika perjanjian tersebut tidak dilaksanakan.

Namun perlu diingatkan beliau sama sekali tidak akan bersetuju sekiranya terdapat sebarang perjanjian yang memberi manfaat kepada para pedagang kripto.

Walaupun pasaran kewangan mungkin akan menghadapi kemunduran dalam masa terdekat ini, perjanjian itu didapati telah datang selepas McCarthy mengatakan Biden telah membuang masa beberapa bulan dalam menyelesaikan isu siling hutang.

Di sini dapat dilihat bahawa Biden dan McCarthy akhirnya telah mencapai persetujuan belanjawan, tetapi rundingan lanjut masih belum dilakukan untuk memuktamadkan teks perundangan sebelum perjanjian itu diserahkan kepada Dewan dan Senat AS.

Antara perkara yang termasuk dalam perjanjian tentatif tersebut adalah menaikkan siling hutang kerajaan persekutuan AS $31.4 trilion, peningkatan had hutang untuk tempoh dua tahun dan menghadkan perbelanjaan.

Rentetan itu, seluruh pasaran kripto mula menyaksikan pendakian apabila harga BTC melonjak sebanyak 4.17% pada paras $28,234 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP) masing-masing turut raih 3.48% serta 1.96%, iaitu pada $1,916 dan $0.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat