Perkembangan Ekonomi Kanada, Kadar Faedah Bakal Di Naikkan?

418

Gabenor Bank Kanada,Stephen Poloz mengatakan bahawa ekonomi Kanada akhirnya positif selepas ekonomi mengalami pelarasan yang panjang berikutan kejatuhan harga minyak namun menurut Poloz masih terdapat beberapa sektor yang masih perlahan.

Poloz juga mengatakan kepada komuniti perbankan Senat bahawa kadar faedah berkemungkinan akan ditingkatkan daripada paras terkini.

Bank pusat telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 3 kali, terakhir pada bulan Julai disebabkan pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran yang berada di paras rendah 40 tahun lalu. Kadar faedah dikekalkan pada 1.25 peratus minggu lepas.

Pasaran menjangkakan 70 peratus kebarangkalian kadar faedah akan dinaikkan pada Julai ini.

Kanada merupakan pengeksport minyak yang utama. Harga minyak minyak mula menjunam bermula pada 2014.

Poloz dalam ucapan tersebut berulang kali mengatakan bahawa kadar faedah dijangka akan dinaikan namun belum ketahui bila kerana teradapat beberapa polisi yang masih diperlukan agar inflasi berada pada landasan yang betul.

Menurut Poloz jika kadar faedah ditingkatkan terlalu cepat, terdapat risiko yang perlu ditanggung iaitu paras hutang pengguna akan meningkat. Poloz mengatakan bahawa beliau optimis dengan ekonomi sambil menekankan bahawa kadar persaingan perniagaan di Kanada masih lagi kurang dan terdapat ketidakpastian tentang NAFTA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat