Perkembangan Semasa Harga Minyak Menjelang Mesyuarat OPEC

225

Menjadi tumpuan utama pelabur pada sesi dagangan hari ini adalah mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan memutuskan penambahan pengeluaran minyak mentah bulanan.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada sekitar harga $78.66 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat turun pada $75.76 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini telah merosot lebih rendah susulan kebangkitan mata wang US dolar. Namun, ia kembali stabil dengan tumpuan kini terarah kepada pertemuan OPEC.

OPEC dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ dijangka akan kekal dengan rancangan mereka untuk tambahan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Februari walaupun terdapat pengurangan daripada Libya.

Pada hujung minggu, Libya menjangkakan pengeluaran minyaknya akan turun sebanyak 200,000 tong sehari pada minggu hadapan disebabkan usaha yang dilakukan untuk membaiki kerosakan pada saluran paip.

Sementara itu, penularan Covid-19 di seluruh dunia semakin meluas, dengan Amerika Syarikat merekodkan angka tertinggi harian pada hari Isnin sebanyak 1 juta.
Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sekatan terbaharu diumumkan untuk mengekang laporan tersebut yang menyebabkan dagangan minyak mentah terus stabil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat