Perkembangan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Melibatkan US Dolar

53

Dolar Kanada pada Khamis bergerak sedikit rendah pada Khamis berbanding US dolar selepas menguat 220 pip berbanding USD pada Rabu apabila bank pusat Kanada menaikkan kadar faedah kepada 0.75% yang merupakan kenaikan pertama sejak tujuh tahun lalu. Usd/Cad walaubagaimanapun masih bergerak hampir dengan paras terendah 13 bulan lalu.

Usd/Cad berada di sekitar 1.2765 setakat pukul 10.19 pm pada Khamis.

Walaupun kadar faedah dinaikkan, bank pusat dilihat memberikan panduan ke hadapan (forward guidance) yang dovish dan ini menimbulkan persoalan kepada pasaran yang berbunyi, “kenapa menaikkan kadar faedah terlalu cepat tetapi masih memberikan panduan yang dovish?”.

Dalam kenyataan Gabenor Poloz beliau menyatakan ekonomi tidak lagi memerlukan banyak rangsangan dan pembuat polisi akan melihat perkembangan data-data untuk menaikkan kadar faedah di masa hadapan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain berada di sekitar 95.62 setakat pukul 10.24 pm tidak jauh dari paras terendah sembilan bulan lalu iaitu 95.22.

Setakat ini kelemahan mendadak yang berlaku kepada US dolar menunjukkan sedikit pemulihan yang jelas dilihat dalam pasangan matawang Yen, Dolar Kanada dan Aussie. Ini memberi sedikit potensi kepada correction (pembetulan harga) jika tiada faktor-faktor baru yang menekan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat