Perkembangan Terbaru Chainlink (LINK) Ini Pencetus Harganya Menggila!

312

“Harga LINK nampaknya macam berpotensi untuk naik lebih tinggi pada masa hadapan.”

Oracle data dominan Chainlink (LINK) yang berjaya melancarkan Protokol Cross-Chain Interoperability (CCIP) di Mainnet pada hari ini telah menyokong rangkaian Avalanche (AVAX), Ethereum (ETH), Optimisme (OP), Polygon (MATIC), Synthetic (SNX) dan Aave dalam fasa akses awalnya.

Perkembangan baharu tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mencegah serangan flash-loan malah ancaman lain yang berada di sebalik protokol itu.

Menurut Sergey Nazarov, co-founder LINK berkata bahawa CCIP mencipta sistem komunikasi standard antara rantaian berbeza manakala dalam sfera blockchain awam, ia akan digunakan untuk menyambungkan aplikasi DeFi dengan beberapa rantaian lain.

Ulas Nazarov lagi, pasukannya dapat mencipta dinamik swasta-awam yang akan memberikan akses kepada kewangan tradisional ataupun pasaran kripto untuk menjana sejumlah keuntungan bertrilion dolar.

Suka dimaklumkan LINK telah memeterai perjanjian bersama beberapa pemain terbesar dalam ruang kewangan tradisional seperti Swift, BNY Mellon, Citigroup dan BNP Parabens semasa isu permohonan spot Bitcoin (BTC) semakin meningkat.

Rentetan itu, Nazarov berpandangan bahawa kerjasama tersebut dapat memberi bank akses kepada token aset dunia sebenar, di mana mereka dapat melibatkan diri dalam dunia blockchain melalui pelbagai kaedah.

Sementara beliau turut menegaskan sesungguhnya langkah tersebut adalah pengubah pemainan untuk kewangan global susulan CCIP akan menyatukan sistem kewangan global yang berpecah-belah sama seperti TCP/IP menyatukan internet.

Susulan berita terkini LINK itu, harganya berjaya melonjak sebanyak 6.17% pada paras $7.12 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $3 bilion seterusnya raih sekitar 15.38% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat