Perkembangan Terkini Pilihanraya Itali Tak Memihak Kepada Matawang Euro

1,033

Matawang Euro membuat penurunan pada sesi Asia di mana EUR/USD jatuh sehingga 65 pip ke paras terendah hari Isnin. Pada mulanya EUR/USD membuat gap ke atas (gap-up) dalam pembukaan pasaran hari Isnin apabila undian oleh parti SPD menyebelahi gabungan kerajaan bersama parti CDU (pimpinan chancellor Angela Merkel).

Matawang EUR/USD bergerak naik-turun hari ini sementara pasaran masih menunggu keputusan rasmi pilihanraya Itali. Ketika ini, dijangka parti ‘5 star movement’ akan mendapat sokongan paling banyak yang mana mereka berideologi anti-EU. Dengan ideologi anti-EU, matawang Euro dilihat tertekan setakat pada pukul 2.38 petang.

Tiada parti yang dijangka akan mendapat sokongan majoriti di Itali dengan ‘5Star movements’ sedang mendahului parti-parti lain. Keputusan rasmi pilihanraya Itali dijangka akan diketahui pada hari ini, dan akan memberi kesan kepada matawang Euro sepanjang minggu kerana jangkaan rundingan gabungan kerajaan di negara Itali kerana potensi tiada parti yang akan mendapat majoriti.

Setakat ini, kemenangan oleh ‘5 star movements’ dilihat sebagai risiko kepada matawang Euro, lebih-lebih lagi jika ia membentuk gabungan dengan parti berhaluan kanan.

Minggu ini, matawang euro juga akan berhadapan dengan mesyuarat bank pusat Eropah yang mana akan mengumumkan polisi terkini pada Khamis. Dengan kerajaan Itali dijangka akan membentuk kerajaan gabungan, matawang Euro dijangka akan terus bergerak volatile pada minggu ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat