Perkhabaran Gembira Trump Dorong Lonjakan Semula Harga Minyak

324

Permulaan awal minggu memperlihatkan dagangan minyak mentah kembali meningkat setelah mengalami kejatuhan ketara pada Jumaat ekoran laporan Presiden AS Donald Trump yang disahkan positif Covid-19.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat 2% kepada $40.09 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 2.5% kepada $37.97 setong.

Harga minyak mentah menjunam lebih 4% pada Jumaat ke paras terendah 3 minggu, ditekan oleh ketidakpastian mengenai tahap kesihatan Trump dan seterusnya menambah kebimbangan bahawa peningkatan berterusan kes coronavirus akan melemahkan pemulihan ekonomi global.

Pada hujung minggu, Trump dilaporkan telah diberi oksigen tambahan sekurang-kurangnya sekali dan beliau dirawat dengan steroid yang biasanya digunakan dalam kes Covid-19 yang teruk.

Walau bagaimanapun, beliau kemudiaannya dikatakan telah beransur pulih dan dijangkakan boleh keluar daripada hospital seawalnya hari Isnin.

Sementara itu, perbincangan mengenai pakej bantuan rangsangan AS terus ditingkatkan setelah Trump dalam ciapan terbaru di laman twitternya menggesa Kongres supaya meluluskan pelan rangsangan coronavirus baru.

Dalam pada itu, Arab Saudi terus membuktikan bahawa ia komited dalam memenuhi kuota pengeluaran OPEC dengan memastikan pengeluaran minyak mentahnya stabil pada bulan lalu sebanyak 8.974 juta tong sehari berbanding 8.988 juta tong sehari pada Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat