Permohonan Pelan Penstrukturan Ditolak, Saham Brahim’s Susut 73.9%!

2,314

‘Adakah ini sudah tiba masa untuk bye-bye buat Brahim’s?’

Brahim’s Holdings Bhd yang dikenakan penarafan Practice Note 17 (PN17) menyaksikan sahamnya menjunam 73.91% pada 8 April selepas pengawal selia menolak permohonan syarikat tersebut untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan penstrukturan.

Pada tengah hari tadi, kaunter tersebut mencatat penurunan 40 sen dengan modal pasaran sebanyak RM11.77 juta.

Pada sesi pagi tadi, Brahim’s adalah saham yang paling aktif didagangkan dengan 128.51 juta saham.

Menurut pemfailan Brahim’s kepada Bursa pada Khamis, saham syarikat katering penerbangan itu akan digantung daripada dagangan berkuatkuasa 15 April nanti dan bakal dinyahsenarai pada 20 April, melainkan rayuan dikemukan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 14 April.

Tambahnya lagi, sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangankan oleh Bursa Securities sementara andai syarikat mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, ia akan menangguhkan penyahsenaraian 20 April tersebut.

Walau bagaimanapun, penggantungan dagangan pada 15 April tersebut masih akan diteruskan walaupun syarikat mengemukakan rayuan.

Dalam pada itu, baru-baru ini Brahim’s pernah menyatakan pembukaan semula sempadan negara akan memberi manfaat kepada syarikat namun melihat kepada situasi terkini, kemungkin besar pembukaan semula sempadan tidak dapat menolong syarikat dengan penarafan PN17 itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat