Permulaan Minggu Yang Hambar Untuk Matawang Yen Dalam Sesi Asia

65

Walaupun data pertumbuhan ekonomi Jepun bagi suku ketiga dilaporkan mengukuh, hal ini sama sekali tidak membantu matawang Yen untuk didagang dengan tinggi dalam sesi ini. Perkara ini berikutan tumpuan pasaran yang terus diberikan kepada data utama dari China.

USD/JPY didagang meningkat sama seperti matawang Aussie.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Jepun hari ini melaporkan bahawa data KDNK suku ketiga melonjak sebanyak 0.5%. Dalam hari yang sama juga, Jepun dijangka akan mengeluarkan data keluaran industry bagi bulan September.

Dalam masa yang sama, China akan mengeluarkan data pelaburan asset tetap, keluaran industri dan jualan runcit yang dijangka akan mencatatkan peningkatan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai pada 98.99.

Sementara itu, ucapan Presiden Bank Pusat Eropah juga perlu diberikan tumpuan dalam satu majlis di Rom.

Minggu lalu, US Dollar mencecah paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan berbanding matawang utama yang lain selepas Donald Trump mengejutkan pasaran apabila diumumkan bakal menerajui pentadbiran AS yang baru.

Jangkaan kenaikan kadar faedah juga kekal kukuh yang sekali gus akan membolehkan Fed mengetatkan kos pinjaman.

Pelabur menjangkakan bahawa peluang sebanyak 81.1% untuk kenaikan kadar pada bulan Disember nanti.

Berita-Berita Penting Untuk Minggu Sepanjang 14 Hingga 18 November 2016

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat