Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Brexit, Euro Teruskan Pengukuhan

455

Dagangan euro mengekalkan pengukuhannya berbanding dolar USD pada Jumaat menghampiri paras tertinggi yang dicapai semalam dengan harapan perjanjian Brexit akan menghalang kemelesetan ekonomi di zon Eropah.

Kelemahan data pembuatan dan kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan antara AS dan China yang boleh menyebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi zon Eropah telah memberi kesan kepada euro.

Bagaimanapun, dengan perkembangan baru Brexit berhubung persetujuan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai perjanjian dan keredaan ketegangan perdagangan telah mendorong peningkatan euro.

Sementara itu, kebimbangan terhadap perjanjian Brexit masih berterusan memandangkan ia juga perlu mendapat kelulusan daripada Parlimen Britain menyebabkan pergerakan pound sedikit lemah namun masih menghampiri paras tertinggi yang dicapai semalam.

Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara tetap dengan pendirian mereka bahawa tidak akan bersetuju selepas menolak cadangan perjanjian itu semalam. Ahli-ahli parlimen akan menurunkan undi mereka terhadap persetujuan perjanjian Brexit pada hari esok.

Selain itu, dolar Aussie masih meneruskan pengukuhannya walaupun dengan kelemahan data pertumbuhan ekonomi China pada suku ketiga 2019 yang mengalami penyusutan ke paras terendah dalam tempoh tiga dekad.

Pengukuhan ini mungkin disokong oleh laporan data pengeluaran industri China yang lebih tinggi daripada dijangkakan serta turut didorong oleh data jualan runcit China yang meningkat daripada bacaan bulan Ogos.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat