Persetujuan Bersama Diperlukan Agar Dasar Rangsangan Monetari Lebih Dipercayai!

375

Menurut Peter Kazimir yang merupakan ahli Governing Council berpendapat bahawa penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) memerlukan persetujuan bersama atau kata sepakat dalam rangsangan monetari pada bulan September agar ia lebih dipercayai.

Pada ketika ini para pelabur dan kebanyakkan pakar ekonomi menjangkakan rangsangan monetari akan dilaksanakan pada bulan September. Walaubagaimanapun,mereka berbeza pandangan tentang bagaimana penggubal dasar akan memberi reaksi terhadap hal ini. Presiden Bundesbank Jens Weidmann telah memberi amaran terhadap reaksi panik pasaran pada hari minggu yang lepas dan mengatakan beliau akan berhati-hati terhadap penerusan pembelian bon.

Bagi Kazimir yang merupakan pengerusi bank pusat Slovak ,”perkara yang paling penting ialah kebolehpercayaan”. Beliau juga mengatakan beliau cenderung untuk kepada melakukan sesuatu pada mesyuarat bulan hadapan. Tambah beliau kebolehpercayaan juga bermaksud persetujuan bersama ke atas sesuatu ukuran.

Pada awal bulan ini, Pesuruhjaya Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Kesatuan Eropah (EU), Olli Rehn mengatakan ECB seharusnya hadir dengan pakej rangsangan yang signifikan pada bulan September. Susulan daripada komen Olli Rehn, jangkaan pasaran semakin meningkat. Governing Council dijangka akan mengurangkan kadar faedah deposit dibawah sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat