Perspektif Berita Semasa Beri Kejutan Kepada Aliran Bursa Malaysia

189

Perdagangan Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini namun kembali mencatat lonjakan dipengaruhi aktiviti buruan saham nilai rendah yang dipacu oleh kaunter perkhidmatan kewangan.

Namun setakat 10.40 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.17 mata kepada 1,551.39 daripada 1,555.51 ketika penutupan pasaran pada Selasa.

Melihat kepada laporan yang dinyatakan oleh Bernama, indeks utama itu dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,554.86.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 165 berbanding 158, manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,668 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 169.04 juta unit bernilai RM84.62 juta.

Malacca Securities berkata kebimbangan mengenai jangkaan pengecualian suku bunga bagi pembayaran moratorium pinjaman dan jangkaan pengenaan cukai yang tidak menentu telah mengejutkan pasaran.

Susulan kenaikan harga minyak sawit dan minyak mentah, ia berkemungkinan akan menyokong kaunter perladangan, minyak dan gas untuk terus menerima tumpuan hangat dari para pelabur.

Selain itu, sektor pemulihan seperti penerbangan dan kaunter berkaitan pengguna juga dijangka akan menjadi perhatian berikutan pembukaan semula ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan RHB Bank masing-masing meningkat satu sen kepada RM8.30, RM4.01 dan RM5.36 manakala TNB susut dua sen menjadi RM10.16.

Bagi saham aktif, Emico Holdings melonjak 4.5 sen kepada 48.5 sen, Bintai Kinden Corp menokok 1.5 sen kepada 54.5 sen dan Techna-X naik setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, FBM 100 melonjak 17.85 mata kepada 11,105.65, FBM 70 meningkat 31.69 mata menjadi 14.991.11 dan FBM ACE naik 0.18 mata kepada 7,139.47.

FBM Emas menokok 16.71 mata kepada 11,411.51 dan FBM Emas Shariah menambah 8.01 mata kepada 12,499.05.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 51.05 mata kepada 15,250.87, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.02 mata kepada 197.96 dan indeks Perladangan jatuh 24.7 mata kepada 6,477.69.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat