Pertempuran Tealive VS Chatime Bersambung di Mahkamah Persekutuan

503

Pemilik kepada francais Tealive, Loob Holding Sdn Bhd berkata kesemua outlet Tealive akan terus beroperasi seperti biasa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Loob Holding menyatakan bahawa peguamnya telah dimaklumkan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu kebenaran permohonannya untuk menangguhkan perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 27 Jun.

“Bagi pihak Tealive, kami mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terus menyokong dan mempercayai kami. Peguam kami akan terus mengendalikan perkara ini di mahkamah sehingga resolusi akhir dicapai,” kata Bryan Loo pada Isnin.

Tealive sebelum ini diarahkan menutup semua operasinya oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Jun dan mahkamah sekali lagi telah menolak supaya Tealive terus beroperasi dan semua cawangannya perlu ditutup serta-merta pada 5 Julai.

Isu antara Tealive yang dimiliki oleh Loob Holding Sdn Bhd dan Chatime yang dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Taiwan La Kaffa International Co Ltd masih berlum berakhir selepas beberapa siri perbicaraan kes mahkamah sejak akhir tahun 2016.

Kini perbicaraan mahkamah bersambung di Mahkamah Persekutuan selepas Loob Holding memfailkan permohonan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat