Pertikaian Arab Saudi Dan Rusia – Trump Cari Masa Sesuai Untuk Campur Tangan!

717

Harga minyak mentah AS naik lebih tinggi pada hari Jumaat, memanjangkan keuntungan selepas melonjak 24% hari sebelumnya, disokong oleh kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bahawa beliau mungkin campur tangan dalam perang harga antara Arab Saudi dan Rusia pada ‘masa yang sesuai’.

Minyak mentah WTI AS dan Brent, mengalami kejatuhan kira-kira 40% pada 2 minggu lalu, iaitu sejak kegagalan pakatan antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya Russia menyebabkan Arab Saudi melancarkan perang harga serta meningkatkan pengeluaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent hari ini, meningkat lebih 2% kepada $29.12 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok lebih 3% dan diniagakan pada $26.90 setong.

Trump pada hari Khamis menyatakan beliau akan campur tangan dalam perang harga minyak antara Arab Saudi dan Rusia pada masa yang sesuai, selain turut mengatakan harga petrol yang rendah adalah baik untuk pengguna AS walaupun ia akan menjejaskan industri itu.

Beliau juga dikatakan sedang mencari jalan penyelesaian untuk memecah kebuntuan dalam pertikaian antara dua kuasa besar minyak dunia ini dan akan memulakan komitmennya untuk menyokong Rizab Petroleum Strategik dengan membeli 30 juta tong minyak Amerika.

Terdahulu, pemimpin industri minyak telah menggesa pentadbiran Trump supaya mencari penyelesaian diplomatik.

Melalui surat yang diutuskan pada Khamis lalu, Majlis Penerokaan dan Pengeluaran Amerika (AXPC) memohon bantuan daripada Trump untuk kembali memulihkan fungsi dan kestabilan pasaran minyak global.

Selain itu, ketua Institut Petroleum Amerika, Mike Sommers, juga telah menggesa Trump supaya campur tangan dalam pertikaian antara Arab Saudi dan Rusia untuk memastikan bekalan minyak tidak berlebihan dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat