Pertumbuhan Ekonomi Global Sedikit Mengecewakan, OECD Beri Amaran!

212

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) terbaru menyatakan bahawa ekonomi global akan perlahan sedikit pada tahun hadapan namun risiko terjadinya kemelesetan ekonomi yang teruk telah berkurangan walaupun menanggung paras hutang yang tinggi dan ketidakpastian mengenai kadar faedah.

Pertumbuhan global dijangkakan akan perlahan dari 2.9% tahun ini kepada 2.7% pada tahun 2024 sebelum meningkat pada tahun 2025 kepada 3.0%, berdasarkan Economic Outlook terkini yang dikeluarkan oleh OECD.

Pertumbuhan dalam ekonomi negara maju yang membentuk 38 anggota OECD dijangka menuju perkembangan yang lebih perlahan.

Ketua ekonomi OECD, Clare Lombardelli, berpandangan bahawa dasar monetari memerlukan penyesuaian yang teliti untuk mendorong inflasi kepada paras sasaran dalam masa yang sama mengurangkan kesan terhadap pertumbuhan”.

OECD meramalkan pertumbuhan AS akan perlahan dari 2.4% tahun ini kepada 1.5% tahun hadapan, menaikkan anggarannya dari September apabila ia meramalkan pertumbuhan AS sebanyak 2.2% pada tahun 2023 dan 1.3% pada tahun 2024.

Walaupun risiko kemelesetan di Amerika Syarikat dan tempat lain telah berkurang, OECD menyatakan bahawa risiko kemelesetan masih ada kerana pasaran hartanah yang lemah, harga minyak yang tinggi, dan pinjaman yang lesu. Ekonomi China juga dijangka perlahan ketika ia berhadapan cabaran gelembung hartanah yang mengecut dan pengguna lebih banyak berjimat di tengah ketidakpastian mengenai prospek masa hadapan.

Pertumbuhan dijangkakan akan perlahan dari 5.2% tahun ini kepada 4.7% pada tahun 2024, kedua-duanya sedikit lebih tinggi daripada yang dijangka pada bulan September sebelum melambat lebih lanjut pada tahun 2025 kepada 4.2%, menurut ramalan OECD.

Di Eropah pula, pertumbuhan dijangkakan meningkat dari 0.6% tahun ini kepada 0.9% pada tahun 2024 dan 1.1% pada tahun 2025 dengan Jerman ekonomi terbesar di rantau tersebut telah keluar daripada kemelesetan pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, OECD memberi amaran bahawa disebabkan oleh tahap pembiayaan bank yang tinggi di kesatuan eropah, impak penuh kenaikan kadar faedah masih tidak pasti dan mungkin memberi tekanan lebih kepada pertumbuhan daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat