Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lonjak Sebanyak 5% Pada 1Q22

302

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan laporan ‘Perkembangan Ekonomi Dan Kewangan Malaysia‘ bagi suku pertama 2022 (1Q22) yang menyaksikan pertumbuhan ekonomi meningkat positif sebanyak 5%.

Kecemerlangan yang dicapai tersebut adalah hasil sokongan berterusan dalam permintaan domestik apabila aktiviti ekonomi kembali berjalan semula selepas sekatan perjalanan dihapuskan.

Antara inti pati laporan tersebut adalah:

  • Pemulihan pasaran pekerjaan yang menyaksikan kadar pengangguran turun 4.1% berbanding 4.3% pada 4Q21.
  • Sektor perkhidmatan dan pembuatan berkembang 6.5% dan 6.6% dan asas pelarasan suku ke suku menambah 3.9% berbanding 4.6% pada 4Q21.
  • Kadar inflasi menyederhana pada 2.2% berbanding 3.2% pada 4Q21 sementara teras inflasi naik pada 1.7% berbanding 0.8% pada suku sebelumnya.
  • Kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia (RM) menyusut 0.7% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang secara amnya sejajar dengan pergerakan mata wang serantau.
  • Prospek 2022 bagi pertumbuhan ekonomi domestik Malaysia diunjurkan pada 5.3% ke 6.3% seperti yang pernah diumumkan pada Mac lalu.

Berhujah mengenai kadar inflasi, penyederhanaan yang dicatat adalah kesan daripada asas penurunan harga bahan api runcit domestik yang rendah pada tahun lalu serta kesan asas daripada rebat tarif eletrik yang dijalankan pada 2020.

Selain itu, catatan teras inflasi pula mencerminkan pelarasan harga semasa kos lebih tinggi dan keadaan permintaan bertambah baik dalam barangan makanan disebabkan faktor berkaitan bekalan seperti harga komoditi yang tinggi.

Dalam pada itu, momentum pertumbuhan Malaysia dilihat kekal disebalik pertumbuhan global yang lemah daripada jangkaan akibat konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta situasi Covid-19 yang masih belum mereda dan ketidaktentuan pasaran kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat