Pertumbuhan Mengejut Ekonomi UK Redakan Kebimbangan Kemelesetan!

244

Angka terbaharu yang diterbitkan pada pembukaan sesi Eropah, sedikit membawa kelegaan buat UK yang dikhuatiri akan memasuki kemelesetan mendalam tahun ini.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan pada Jumaat bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 0.1% pada bulan November.

Walaupun menurun daripada pertumbuhan 0.5% pada Oktober, tetapi angka yang dicatatkan ini lebih baik daripada jangkaan yang meramalkan penguncupan 0.2%.

Selain itu, dalam tempoh tiga bulan hingga November, ekonomi menyusut sebanyak 0.3% menepati jangkaan pasaran.

Kejatuhan 0.6% pada bulan September mempengaruhi angka pertumbuhan untuk suku ketiga apabila banyak perniagaan ditutup untuk pengebumian Ratu Elizabeth II.

Pengembangan yang dicatatkan pada November, mengurangkan risiko bahawa ekonomi UK berada dalam kemelesetan mendalam.

Bank of England (BOE) sebelum ini meramalkan ekonomi akan jatuh ke dalam kemerosotan yang berpanjangan sehingga 2024.

Reaksi awal dagangan pound susulan terbitan data ini menunjukkan mata wang itu didagangkan sedikit meningkat pada sekitar harga 1.2200 berbanding US dolar yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat