Petanda ‘Bearish’ EUR/USD, Harga Susut Bawah $1.0700!

212

Seperti yang dijangkakan, tiada perubahan pada situasi pasaran dan pelabur menyaksikan US dolar melanjutkan pengukuhan dengan lebih bergaya menuju dagangan penutup minggu ini.

Selain Yen yang menerima tekanan ketara, mata wang utama lain turut terkesan jatuh dengan jangkaan US dolar untuk berterusan kukuh.

Namun situasi boleh berubah di penghujung minggu dengan reaksi pasaran terhadap data tumpuan yang bakal diterbitkan termasuk data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) suku tahun pertama serta data indeks harga PCE yang diperhatikan oleh Federal Reserve (Fed).

Jika meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan telah dilanjutkan apabila harga bergerak di bawah zon 1.07000 semula semalam.

Selepas kenaikan di awal minggu terbantut di paras 1.07400, penurunan semalam telah mencecah 1.06700 yang merupakan paras sokongan harga untuk 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Sekiranya US dolar terus mengukuh dan meningkatkan tekanan, harga boleh susut lebih rendah untuk catatkan paras terendah terbaru minggu ini.

Sasaran seterusnya harga adalah untuk mencecah zon support tumpuan pada 1.06000.

Namun, akan menjadi isyarat perubahan trend bullish sekiranya harga membuat lonjakan melepasi rintangan 1.07000 dan menembusi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan harga akan menguji sekali lagi ketinggian yang dicapai di awal minggu sebelum sasaran beralih kepada zon ketinggian 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat