Pfizer Hasilkan 6 Juta Pil COVID Untuk Capai Sasaran Suku Pertama

326

‘Banyak negara dah mula beli pil Paxlovid ni, Malaysia ada ura-ura nak beli ke?’

Pfizer Inc dikatakan telah menghasilkan 6 juta pil antiviral Covid-10, Paxlovid dalam suku pertama, seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Eksekutif Albert Bourla.

Menurut jurucakap Pfizer, Sharon Castillo, syarikat perubatan itu telah menghantar pil tersebut ke lebih 26 negara setakat ini.

Bourla dalam satu kenytaaan sebelum ini berkata mereka menjangkakan untuk menghasilkan lebih kurang 120 juta pil pada tahun ini dengan 30 juta lagi akan datang pada separuh pertama 2022.

Buat masa ini, Amerika Syarikat (AS) telah membeli 20 juta pil tersebut dengan 10 juta pertama dijangka dihantar menjelang akhir Jun.

Sekitar 1.4 juta pil telah diedarkan dalam AS buat masa ini.

Sebagai pengetahuan, Paxlovid dijangka menjadi alat penting dalam memerangi Covid-19 selepas ia berjaya mengurangkan kemasukan ke hospital bagi pesakit berisiko tinggi sebanyak 90% dalam percubaan klinikalnya.

Kajian yang dilakukan juga mendapati hasilnya adalah jauh lebih baik berbanding pil antivirus saingan Merck & Co molnupiravir dalam percubaan klinikalnya.

Umumnya, kerajaan Malaysia masih belum membuat sebarang pembelian pil Paxlovid namun negara seberang kita, Singapura telah meluluskan pil tersebut dan telah menerima kumpulan pertama pil tersebut pada Februari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat