Pihak Berkuasa U.K. (FCA) Mahu Trader Guna Leverage Maksimum 1:50 Sahaja !!

124

UK Financial Conduct Authority (FCA) atau Pihak Berkuasa Pengendalian Kewangan UK mengambil tindakan untuk melindungi retail trader yang berdagang dalam spot Forex dan CFD (contract for difference). Tindakan ini diambil kerana hasil kajian yang menunjukkan 82% pelanggan syarikat pembrokeran atau retail trader mengalami kerugian.

Garis panduan baru FCA ini adalah berikutan peningkatan jumlah syarikat yang menyediakan produk dagangan seperti ini yang semakin membimbangkan. Hal ini disebabkan pelanggan atau retail trader tidak memahami risiko yang berkaitan dengan dagangan spot Forex dan CFD ini.

Kertas cadangan atau proposal FCA ini adalah termasuk beberapa isi penting. Bermula dengan ketelusan, syarikat broker mesti mendedahkan untung-rugi dalam akaun pelanggan secara terbuka supaya orang ramai mengetahui risiko berkaitan dengan dagangan forex atau CFD.

Pemerhati di UK mencadangkan pelanggan baru yang mempunyai pengalaman kurang dari 12 bulan dihadkan kepada penggunaan leverage tidak lebih dari 1:25. Selain itu, semua pelanggan atau retail trader akan dihadkan penggunaan leverage maksimum sebanyak 1:50. Pihak berkuasa menegaskan bahawa ada pelanggan yang diberikan leverage melebihi 1:200 oleh syarikat broker.

Akhir sekali, FCA juga mencadangkan untuk menggantung semua pemberian bonus sama ada ia berkaitan trading atau pembukaan akaun forex.

Pihak FCA mengatakan, “kami bimbang dengan peningkatan pelanggan yang berdagang dalam produk CFD tanpa mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam produk tersebut”.

Pihak berkuasa kewangan UK juga melihat dagangan Binary juga dalam proses pembuatan rangka kerja baru yang akan menambahkan lagi peraturan dalam perniagaan syarikat broker.

Christopher Woolard, Pengarah Eksekutif di FCA mengatakan, “Kami sangat mengambil berat tentang peningkatan pelanggan atau trader baru yang berdagang dalam produk CFD dan Forex tanpa pengetahuan mencukupi kerana ia boleh menyebabkan kerugian yang cepat dan tidak dijangka”.

“Kami akan memperkenalkan peraturan yang lebih ketat bagi produk CFD untuk menangani kelemahan yang ada dan syarikat broker ini, mereka perlu memastikan retail trader atau pelanggan mereka mengetahui risiko yang terlibat dalam produk yang mereka dagangkan”.

Pihak FCA dijangka membuat pengumuman polisi ini pada April 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat