PlayStation 5 Terbaik! Untung Besar Sony Macam Ni

716

Saham Sony dilaporkan berada di paras tertinggi sejak Jun 2001, mencatatkan pendapatan yang jauh lebih baik dari jangkaan pada Selasa bagi suku April hingga Jun.

Walaupun mengalami penyusutan pada Rabu, penganalisis memberitahu akan ada lonjakan yang lebih tinggi pada tahun depan berikutan pelancaran konsol PlayStation 5 (PS5) tidak lama lagi.

Berdasarkan tinjauan Refinitiv, rata-rata menjangkakan saham Sony akan mencecah sebanyak 9,538.95 yen ($90.35) untuk 12 bulan akan datang, naik sekitar 9.5% dari harga pembukaan pada Rabu.

Untuk pengetahuan, pada suku pertama fiskal yang baru berakhir, Sony telah menerima keuntungan operasi sebanyak 54% daripada permainan dan servis rangkaian yang ditawarkan.

Syarikat permainan itu juga meramalkan lonjakan sederhana tahun ke tahun sebanyak 0.6%, dengan keuntungan operasi permainan bernilai 240 bilion yen untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2021.

Pendapatan bagi perniagaan ini dikatakan akan meningkat lebih dari 26% tahun ke tahun kepada 2.5 trilion yen.
Jelas PS5 akan menjadi tunjang utama Sony pada tahun fiskal ini. Walaupun belum dilancarkan, PS5 sudah membawa tuah kepada syarikat tersebut.

Sedia maklum, Sony akan melancarkan PlayStation 5 selepas 7 tahun memasarkan PlayStation 4 sejak 2013. Dilaporkan PlayStation 5 akan mula dipasarkan sekitar hujung tahun 2020, tempoh yang sama Microsoft akan pasarkan Xbox Series X.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat