PM New Zealand: Halangan Kepada Pelabur Luar Membeli Rumah Bermula Awal 2018

94

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata pada Selasa bahawa halangan kepada pelabur asing untuk membeli rumah sedia ada akan bermula pada awal 2018, kecuali kepada pembeli-pembeli daripada Australia.

Ardern dalam kempennya sebelum ini berjanji akan mengurangkan permintaan hartanah dengan halangan terhadap pelabur asing.

“Kami yakin mahu memudahkan penduduk tempatan untuk memiliki rumah pertama mereka. Jadi apa yang kami buat adalah menghentikan spekulator luar daripada membeli seterusnya menyebabkan harga semakin turun.”

Hartanah di New Zealand telah meningkat nilai sebanyak 50% sejak dekad yang lepas. Di Auckland sahaja, harga rumah naik dua kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun. Bank pusat juga melihat kenaikan yang pantas ini adalah risiko besar kepada ekonomi.

Ardern memberitahu wartawan bahawa undang-undang ini akan diperkenalkan di Parlimen pada 25 Disember.

Halangan ini perlu dipercepatkan agar kerajaan baru tidak perlu merundingkan semula perkara ini di dalam perjanjian Trans Pacific Partnership (TPP).

TPP ketika ini memerlukan 11 negara memberikan layanan saksama kepada pelabur asing dan tempatan kecuali terdapat pengecualian secara spesifik.

Untuk pengetahuan pembaca, Akta Pelaburan Luar di New Zealand dikecualikan dalam perjanjian perdagangan ini.

Dengan tambahan undang-undang baru perumahan dalam rang undang-undang tersebut, kerajaan baru boleh membuat halangan tersebut tanpa membuat perubahan dalam perjanjian TPP yang akan berlangsung di Vietnam minggu depan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat