Polkadot Lancar PolkaBot AI, ChatGPT Bakal Tercabar!

160

“Ramai sekarang dah berpusu-pusu untuk bangunkan produk AI sendiri, lepas ni siapa pula?”

Menyifatkan perkhidmatan baharu itu sebagai pendidikan dikuasakan Artificial Intelligence (AI) bagi ekosistem Polkadot (DOT), tool AI baharu digelar PolkaBot.AI telah diperkenalkan tanpa sebarang halangan.

PolkaBot.AI yang dibina pada NeuroWebAI dan AI decentralized dikenali sebagai OriginTrai akan menawarkan insights dan maklumat tentang semua perkara berkaitan ekosistem DOT.

Perkembangan terbaru dari DOT itu menggariskan trend integrasi AI yang makin meningkat di kalangan firma mata wang kripto dan teknologi, oleh itu sesiapa yang berminat untuk guna perkhidmatan ditawarkan oleh AI boleh mengaksesnya terus pada X atau laman web PolkaBot.ai.

Suka dimaklumkan firma pengurusan aset pelaburan Vanguard menyertai AI melalui penyepaduan pembelajaran mesin ke dalam dana saham terurusnya dan langkah itu mengejutkan firma kewangan tradisional yang sentiasa teragak-agak untuk mengejar teknologi canggih seperti mata wang kripto.

Sementara Google pula sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan versi baharu tool AI dipanggil Google Gemini 1.5 manakala NVIDIA turut melancarkan tool baharu digelar Chat with RTX yang membenarkan pemilik kad GeForce RTX 30 Series dan 40 Series menjalankan chatbox berkuasa AI.

Memandangkan terdapat banyak tools AI serupa dengan OpenAI’s ChatGPT, ini mungkin persaingan sengit terhadap firma Model Bahasa Besar (LLM) tetapi perlu diketahui ia sudah mengeluarkan satu lagi tool inovatif dipanggil OpenAI Sora.

Suka dimaklumkan bahawa industri AI sedang berkembang maju dan banyak syarikat lain mungkin mempertimbangkan untuk mendalami ekosistem dalam masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat